Sunday 20 September 2009

amalan menziarahi kubur di pg SYAWAL .

Amalan menziarahi kubur di pagi Aidilfitri merupakan satu amalan yang positif, namun boleh bertukar kepada bida'ah jika ia dijadikan kewajiban kepada seseorang untuk melakukannya.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan, berkata amalan menziarahi kubur itu bagi mengingatkan manusia kepada KEMATIAN, namun terdapat sebahagian ulama yang meletakkan amalan tersebut sebagai bida'ah apabila mereka mewajibkan diri mereka untuk melakukannya.

"Melainkan jika seseorang itu pulang ke kampung dan mengambil peluang menziarahi kubur orang tuanya, maka ia bukanlah satu bida'ah," jelas beliau.

Tambah Ustaz Nasruddin lagi, sudah menjadi kelaziman bagi orang ramai untuk mengenang ketiadaan orang yang disayangi pada pagi raya, dan kemudiannya melanjutkan ingatan tersebut ke tanah perkuburan dengan menziarahi pusara.
Jelas beliau, amalan tersebut bukanlah suatu kesalahan memandangkan ia mengingatkan kita semua kepada kematian, selain menjadikan Syawal itu bukanlah waktu bergembira tanpa batasan.
Ustaz Nasruddin turut mengingatkan amalan di hari Aidilfitri lebih baik dan penting dengan membanyakkan takbir, tasbih dan tahmid kerana ia merupakan hari kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadan =p

p/s : salam aidilftri buat sume pmbaca / f0ll0wers ! s0ri if ak byk wt salah silap nan korang xkre dlm ape jge aspek [prckpn , prbuatn , hati & sgale mcm yg mnimbulkn dose]! k. lastly , jadikanlah AIDILFITRImu suatu yang mengujakan d smping mnguatkan ukhuwah islamiah sesme insan . :) . salam wa ukhuwan fillah . insya-Allah .

No comments:

Post a Comment