Friday 18 September 2009

golongan org yg x mncium bau syurga .

KITA SEBENARNYA …

» Lebih gembira menyambut 1hb Januari daripada 1Muharram
» Lebih tahu apa itu 14Feb daripada 12Rabiulawal
» Lebih membesarkan hari sabtu,Ahad daripada hari Jumaat
» Lebik suka lepak , tidur , tengok tv daripada sembahyang
» Lebih tahu tentang artis-artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah
» Lebih suka menyebut hello !..hai !daripada assalamualaikum
» Lebih suka menyanyi dangdut daripada berwirid , bertahmid
» Lebih suka memuji manusia daripada Pencipta kita sendiri
» Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama
» Lebih suka ke konsert , karoke , daripada ceramah agama
» Lebih suka memaki , mengumpat orang daripada memuji mereka
» Lebih suka mencarut , @*^%^@#& ! daripada menyebut MasyaAllah
» Lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan
» Lebih bangga dengan kejahilan daripada bersyukur dengan keimanan kita
» Lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang Tanya arah tujuan kita , kita pasti akan jawab KITA SEBENARNYA … Lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka . Layakkah kita dengan Syurga milik Allah S.W.T ?


GOLONGAN YANG TIDAK MENCIUM BAU SYURGA .
Ibnu Abbas r.a. berkata , bahawa Nabi SAW telah bersabda ,” Ada 10 jenis dari umatku yang tidak masuk syurga kecuali yang sudah bertaubat . “ :

1. Al Qallak : orang yang dating kehadapan pemimpin dengan membawa kebatilan dan kebohongan
2. Al-Jayyuf : Orang yang membongkarkan kuburan (untuk mencuri kain kafan)
3. Al-Qattat : Tukang fitnah
4. Al-Dabbub : Orang yang mengumpulkan para pemudi untuk melakukan kejahatan
5. Ad-Dayyuth : Orang yang tidak merasa cemburu pada isterinya
6. Sohibul Artobah : Orang yang memukul gendang
7. Sohibul Kubah : Orang yang bermain kecapi
8. Al-Utullu : Orang yang tidak mahu memaafkan kesalahan dan menerima permohonan maaf
9. Az-Zanim : Anak yang dilahirkan dari penzinaan , kemudian menceritakan keburukan orang lain
10. Orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya .

No comments:

Post a Comment