Monday 30 November 2009

hey SAYANG ,

Sahabat yg disayangi kerana Allah ,
Islam tu tinggi dan xda yg lbh tggi drpdnya ,
Indahnya hdp brsama Islam , mmbawa ktinggian
& kmuliaannya dgn pnuh rs bgga barpun d mana jua
Bahaganya hdp brsama Islam , ajarannya agung ,
mencakupi semua aspek kehidupan
Manisnya hdp brsama Islam . ummatnya bersaudara
Ukhuwah terasa indah pabla bkaseh syg kerana Allah .
Brmaknanya hdp bersama Islam . Krana Islamlah ,
terbit rasa cnta pd mu , sebagai saudara ku slamanya
Islam mengajar kita bersaudara
Kau mencuri ruang istimewa dihatiku biarpun baru sedetik bersama
Jiwamu pnuh rndu pd kbenaran biarpun byk halangan . kau srikandi harapan .
mungknkah kte akn btemu lg ?
Andai mungkin , ak mnnti ptemuan itu dgn pnuh krinduan
Mungkinkan ak akn mnemui kau yg lbh istimewa dr hari ni ?
Lbh istimew dgn ktinggian Islam yg dibawa ?
Tentu mnarik skali mnurut pandangan-Nya
Andai xmngkin bjumpa lg , ngatlah . .
Kte xpnah dipisahkan , kte akn bsama lg di
negeri abadi . Kte akn salng mncari , andai lyk
mnjadi bidadari pnyeri d Taman Firdausi .
Disitu kte jmpe lg . . . . .

Salam sayang kerana Allah .

Saturday 28 November 2009

JANGAN dengki mendengk

HADITH: JANGAN BERDENGKI DAN BERSAUDARALAH

Maksudnya:Daripada Abu Hurairah Radiallahu ’anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda:Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain.
Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain.
Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara.
Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya.
Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim.
Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

nota kaki .:
1. Hadis ini menganjurkan cara hidup ummah atau masyarakat Islam agar tercapai keharmonian hidup. Iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

2. lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan ummah Islamiyah. Ummah akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.

3. lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.

4. Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudaranya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya.

5. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.

6. Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada dalam hati seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa semata-mata bahkan ia adalah perkara tersembunyi di hati. Namun taqwa itu dapat dikesan berdasarkan amalan dan akhlak seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.

Thursday 26 November 2009

hikmah BERKORBAN . salam aidul adha !

Hadith :
Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w , mafhumnya :
Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat.
(al-Baihaqi)

Huraian
  1. Darah korban itu dapat memberatkan timbangan kebajikan di hari kiamat setelah amal dihisab di hadapan Tuhan
  2. Berkorban dapat mendekatkan diri (taqarrub kepada Allah S.W.T.) disamping dapat berbakti kepada manusia.
  3. Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim a.s. itu menjadi satu ibadat yang utama bagi umat Muhammad s.a.w.
  4. Binatang korban, daging tulang dan sebagainya, dapat dibahagi-bahagikan kepada golongan yang memerlukan. Dengan cara ini umat Islam dapat merapatkan lagi hubungan mesra sesama Islam, disamping dapat bantu membantu antara satu sama lain.
  5. Berkorban juga adalah tanda kesyukuran di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada manusia.

wallahualam .

Wednesday 25 November 2009

jangan , jangan & JANGAN !

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,
nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintuberkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalamperjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yangberlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datangbila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa.
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong,
kerana ia adalahciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doamakhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utamadan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaikuntuk hamba ciptaanNya.

wallahualam