Sunday, 18 October 2009

apa yang paling ...? [IMAM AL-GHAZALI]

bismillahirrahmanirrahim .
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya
(Teka Teki ) :

Imam Ghazali = " Apakah yg paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "
Imam Ghazali = " Semua jawapan itu benar.
Tetapiyang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauhdari kita didunia ini ?"
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "
Iman Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari2 yg akan datang dgn perbuatan yang sesuai dgn ajaran Agama".

Iman Ghazali = " Apa yg paling besar didunia ini?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "
Imam Ghazali = " Semua jawaban tu benar, tapi yg besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah AlA'raf:179). Maka kita harus hati2 dgn nafsu kita,jgn sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI = " Apa yg paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "
Imam Ghazali = " Semua tu benar, tapi yg paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (SurahAl-Azab : 72 ).Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua x mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yg paling ringandi dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"
Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu tu benar, tapi yg paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara2 pekerjaan kita / urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yg paling tajam sekali didunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yg paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA.Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakitihati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

nota kaki ; amek sume nh jd iktibar ! linding pe yg ble dlindung , lksanakn ape yg tlh diamanahkn & hrgailah ape yg tlh dkurniakan . salam .

Saturday, 17 October 2009

ku harap dikau insaf

bismillah fi awwal wassalam .

Hairan ya
Betapa mudahnya orang mengabaikan ALLAH..
Dan mereka hairan bagaimana dunia menjadi hancur
Mengapa ya??>
Kita percaya dengan adanya AlQuran..
tapi mempersoalkan apa yang tertulis didalamnya?
Anehnya. bagaimana setiap orang ingin masuk syurga yang disediakan, tetapi mereka tidak mempercayai,berfikir,berkata atau mengamalkan apapun yang terkandung di dalam Al-Quran?
Pelik ya bagaimana orang boleh berkata "Aku percaya kepada ALLAH"..tapi masih mengikuti jejak langkah syaitan..
Lucu ya..
Kita mampu mengirim ribuan "joke" melalui e- mail dan dalam sekelip mata ia mampu tersebar seperti tersebarnya api tatkala ada minyak... Tapi apabila kita mulai mengirim e-mail@pesanan tentang ALLAH,orang akan berfikir 2 kali untuk menyebarkannya..
Aneh ya, ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita, serta merta kita datang untuk penuhi panggilannya... Tapi ketika ALLAH memanggil kita (azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang..
Aneh kan?>
Aneh ya, bagaimana orang begitu ramai pada setiap hari jumaat mengingati ALLAH...tetapi jadi muslim yang tak terlihat di sisa minggunya..
Heran ya..bagaimana ketika anda meneruskan pesan ini,anda tidak akan mengirim kepada beberapa orang yg terdpt dlm senarai anda...

ksimpulan ; jgn skdr cnta Allah dibibir , lksanakn lah ksih mu trhdp Allah dgn prbuatan mu . wallahualam .

Friday, 25 September 2009

474 kesalahan dalam ibadah .

bismillahirrahmanirrahim , salam .
buku nh , bru jee bli ptg td ! hee . jd , drpd ak pr0leh ilmunye seorang , bek ak share kn . hee .

ak slitkn skit2 k , nk msuk sume kang smput plak k0rg bace .

KEYAKINAN PADA BINTANG
Sebahagian manusia mmbaca akhbar utk mngetahui nasibnya hari itu dalam rubrik "Kamu dan Bintangmu" kemudian ia menghitung tarikh kelahirannya dan bintangnya . Stelah ia mlihat apa yg dtulis oleh ahli njum tntg nsibnya pd hari itu . Smua ini adalah syirik dan x diperb0lehkan . Rasulullah bersabda ; "Barang siapa yg dtg kpd pramal atau b0m0h kmudian mmpercayainya dgn apa yg dikatakan , maka ia tlh kafir dengan apa yg tlh diturunkan kepada Muhammad s.a.w ."

AIR KOLAM YANG BERTAKUNG
Sebahagian orang ada yg tkut berwuduk menggunakan air yang bertakung lama di dalam kolam dan berubah baunya . Padahal yg benar adalah bahawa air itu suci dan sah digunakan utk brsuci mnurut ijma' para ulama . Imam Ibnu Al-Munzir berkata : " Smua ulama yang kami tahu berjima' bahawa wuduk dgn air bertakung tnpa trkena njis diperbolehkan utk brwuduk kcuali Ibnu Sirrin . "

MENGGUNAKAN BEKAS EMAS & PERAK
Sbahagian org kaya guna cawan yg dbuat drpd perak atau snduk dr emas . Ini sume HARAM , sbb hadith Huzaifah ra , bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ; " Jgn lah kamu memakai sutera dan jgn lah meminum dr bks yg diperbuat drps emas & perak , krane ssungguhnya itu milik mreka di dunia (atau milik org kafir d dunia agr mreka bsenang2 dgn dunia , dan stelah itu mereka akn dimasukkan ke dlm api neraka kelak di akhirat .) dan kalian nanti akn memilikinya di akhirat ." Nabi s.a.w tlh mmberitahu bahawa org yg meminum dgn mggunakan keduanya seperti meminum api !

MENYEBUT NAMA ALLAH KETIKA BUANG AIR
makruh mnybut nama Allah ketika sdg buang air bsar atau kcil , utk mnjaga keagungan nama Allah dan firman-Nya , kcuali bila tkut hilang dri hafalannya .Seandainya memakai brangan seperti cincin yg ade tertulis nama Allah , sunnah bgi nya untuk mlepaskan barangan tersebut ( xbwk msuk ke tnds bersama2 .).

wallahualam , , sekian sajalah ye. tkut plak k0rg bc smpi lena . insya-Allah , s0k2 ak update lg k !

Thursday, 24 September 2009

apa itu A smpi Z ?

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kite
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AlQuran
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali

Monday, 21 September 2009

CINTA


Cintakan dunia , dunia kn pergi , Cinta mnusia , mnusia kn mati , cintalah pd Allah krana Dialah yang kekal abadi .

Hari ni , kte begitu asyik dengan cinta . Cinta pd harta , dunia dan kekasih . Sehinggakan Laila Mjnun , R0me0 & Juliet menjadi id0la . Kte juga mngaku cinta pada yang Esa pada hakikinya tidak pernah terlintas di sanubari . Buang emak buang saudara kerana kasih hamba turutkan .

Tpi , kita kurang rasa cinta pada Yang Esa . Kita mngaku mnyintai Allah tapi xpernah mlaksanakan tanggungjawab kepadaNya . Acap kali kita mlafazkan cinta sehingga lalai untuk mmbuktikan cnta kita pd yg Esa . Sekadar smbahyang 5 wktu yg kadang kala kita abaikan . Adakah itu bukti cinta pada Allah ? Sekadar puasa lapar & dahaga sje , atau skadar mngeluarkan zakat atas desakan , itukah yang dipanggil cinta abadi kepadaNya ?


Amalan kita hnyalah ala kadar saja . Sedarlah amalan yang kita bangga-banggakan selama ni sebenarnya masih jaug lg utk mmbuktikan cinta pd Allah . cinta sbnrnya ialah cinta yang dpenuhi keikhlasan bgitu juga dengan amalan kita kepada-Nya .


TANDA2 CINTA PADA ALLAH .

  1. Cinta pada kematian
  2. Bermunajat kepada Allah
  3. Sntiasa berzkir kpd Allah .
  4. Brjuang di jalan Allah
  5. Mlakukan ktaatan drasakan nkmat
  6. Tidak berduka dgn khilangan sesuatu .
  7. Mnundukkan nafsu .
  8. Mnjlin ksih sayang ssame makhluk
  9. Tkut brpaling drpd Allah .


nota lutut ; sebbyek ak tapna kapel lg . alhmdllh ! haaah . p , cne if rs cnta dlm hti ak mle brputik ? insya-Allah akn ku thn ia agr tdk mlmpaui rs cntaku kepadaNya . wallahualam .

Sunday, 20 September 2009

amalan menziarahi kubur di pg SYAWAL .

Amalan menziarahi kubur di pagi Aidilfitri merupakan satu amalan yang positif, namun boleh bertukar kepada bida'ah jika ia dijadikan kewajiban kepada seseorang untuk melakukannya.

Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan, berkata amalan menziarahi kubur itu bagi mengingatkan manusia kepada KEMATIAN, namun terdapat sebahagian ulama yang meletakkan amalan tersebut sebagai bida'ah apabila mereka mewajibkan diri mereka untuk melakukannya.

"Melainkan jika seseorang itu pulang ke kampung dan mengambil peluang menziarahi kubur orang tuanya, maka ia bukanlah satu bida'ah," jelas beliau.

Tambah Ustaz Nasruddin lagi, sudah menjadi kelaziman bagi orang ramai untuk mengenang ketiadaan orang yang disayangi pada pagi raya, dan kemudiannya melanjutkan ingatan tersebut ke tanah perkuburan dengan menziarahi pusara.
Jelas beliau, amalan tersebut bukanlah suatu kesalahan memandangkan ia mengingatkan kita semua kepada kematian, selain menjadikan Syawal itu bukanlah waktu bergembira tanpa batasan.
Ustaz Nasruddin turut mengingatkan amalan di hari Aidilfitri lebih baik dan penting dengan membanyakkan takbir, tasbih dan tahmid kerana ia merupakan hari kemenangan melawan nafsu di bulan Ramadan =p

p/s : salam aidilftri buat sume pmbaca / f0ll0wers ! s0ri if ak byk wt salah silap nan korang xkre dlm ape jge aspek [prckpn , prbuatn , hati & sgale mcm yg mnimbulkn dose]! k. lastly , jadikanlah AIDILFITRImu suatu yang mengujakan d smping mnguatkan ukhuwah islamiah sesme insan . :) . salam wa ukhuwan fillah . insya-Allah .

Saturday, 19 September 2009