Friday, 1 January 2010

TIPS mngelakkan diri dari terjebak dgn CINTA & C0UPLE

sungguhpun topik ini sudah kerap diutarakn, oleh itu aggaplah ia sebagai peringatan yg berterusan agar kita turut sama beristiqamah dan tidak terhanyut bergelumang dengan "couple" ini..

Firman Allah :
“janganlah kamu menghapiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )

EQUATION MUDAH COUPLE:

menghapiri zina=haram
couple=menghampiri zina
so couple is haram..!

TIPS MENGELAK DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN CINTA DAN COUPLE

1) Katakan, “TIDAK” pada CINTA.
2) Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu maksiat dan dosa.
3) Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu menjatuhkan maruah.
4) Jangan berbincang tentang CINTA. Tiada faedah.
5) Jangan berkawan dengan orang yang dilamun CINTA, nanti mudah terpengaruh.
6) Bila perasaan terlonjak-lonjak untuk bercinta, beristighfarlah mohon keampunan, mohon kekuatan menghadapi ujian.
7) Jangan membuka ruang diri untuk berCINTA dan diCINTAI.
8) Bila berhadapan dengan panggilan CINTA, bisikkan pada diri, “ini adalah hasutan syaitan!!”.
9) Bila ada orang melafazkan kata CINTA, katakan, “aku takut pada larangan Allah”.
10) INGATLAH, orang yang didesak oleh perasaannya untuk berCINTA tetapi dia melawan persaannya, iman dan hatinya sedang diuji oleh Allah, supaya Allah melihat bagaimana hamba-hambaNya berusaha mentaatiNya.
11) INGATLAH, orang yang tinggi maruahnya tidak akan berCINTA kecuali dengan pasangan hidupnya yang sah nanti selepas ijab kabul.
12) INGATLAH, cinta remaja tidak ada masa depannya. Tidak kesampaian jaminannya. Jika sampai ke jinjang pelamin, ianya menjadi hambar kerana semakin manis hubungan sebelum bernikah, semakin tawar hubungan selepas nikah nanti.

“cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencintai yang mencipta..”

“andai tiada cinta insani buat diriku,cukuplah Allah sebagai penyuluh dan penyeri hidupmu..semoga kelak,akan hadir cinta seorang insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu padaNya..”

BERPEGANGLAH PADA JANJI ALLAH :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). ( Al-Nur : 26 )



FAEDAH CINTA

1. Hilang tumpuan belajar.
2. Kekecewaan dan kegagalan.
3. Keluh kesah dan tidak tenang.
4. Hilang maruah diri.
5. Kemusnahan diri.
6. Sesat dari jalan yang lurus.
7. Tiada rahmat dan keberkatan.

Cinta paling agung sudah tentulah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya.
Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini.
Seterusnya cinta pertengahan ialah cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dikasihinya sama ada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan.

Manakala cinta yang hina pula ialah cintakan thagut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan dan kasihkan Negara melebihi kasih dan cintakan Allah, Rasul, dan Jihad di jalanNya.

TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA :

Taubat Nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat Nasuha memenuhi 3 syarat,iaitu :

1) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Berpisah kerana Allah, ada jodoh takkan ke mana!!
2) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan yang membawa ke kancah maksiat.
3) Berazam. Bertekad di dalam hati untuk tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang salah dan bermaksiat. Berazam untuk tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan yang halal buat diri sendiri iaitu seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

“ Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah hambaMu ini dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku. Oh Tuhan, hambaMu berdosa..ampunilah hambaMu ini Ya Allah”

Amin ya rabbal ‘alamin..

Thursday, 31 December 2009

MUZIK ,


"Tiada keterangan yg jelas dr sunnah yg melarang alat2 muzik bahkan setengah alat muzik yg mmpunyau bunyi yg baik x dilarang , ia xlebih drpd sperti kemerduan suara burung " . [Al-hazali (ihya' Ulumuddin , vol2 , pg 271-272)]"

Murtad , akidah terpesong && kruntuhan akhlak akibat gejala Black Metal kmudian dtitik beratkan . Rata2 dari kte bcakap tntang hal ni . Kte mletakkan ksalahan perlakuan xsihat ini ke atas muzik Black Metal . Tanpa kte sedar , ini adlah ksalahan dari sikap kte sndiri . Kte suka menuding jari mletakkan kesalahan di bahu orang lain tnpa menilai sikap kita yg sbenar . Sedangkan kjadian ini mnunjukkan kelemahan kita dlm mendidik anak2 kita shingga g0yah iman dan b0leh di perdagangkan .

Kte mnyalahkan uzik hardc0re ini tapi kte xsedar ada byk lg muzik yg sntiasa kte dgr seharian sbenarnya merosakkan . Contohnya , lagu dari Debelah Morgan "Baby I Need Your Love" , "Dance With Me" . Teliti kembali lirik2 lagu2 ni , jls menggambarkan perlakuan yg xsehat tp , kte xpnah sedar akn hakikat ni .

Jangan la dsebabkan nila setitik rosak susu sbelanga && kte juga xpernah terlepas drpd budaya s0ngsang yg dwarisi drpd nenek m0yang kte sperti kuda kepang & ulit mayang yg jelas memuja , nape x kte pertikaikan sjak dulu lg ? Ini mnunjukkan kte xb0leh mnyekat ksenian && kseronokan & ianya tpulang kpd stiap individu .

"5 perkara yg b0leh mnyebabkan muzik menjadi haram ; penyanyi , alat muzik , senikata , pendengar yg dkuasai nafsu syahwat & gelodak darah muda & pndengar yg x kuat kecintaan pd ALLAH ."

(Muzik dlm perspektif Imam Al-Ghazali .)Dipetik dari bku al Islam wa al Fann Karya Dr.Yusuf al Qadhwi .

Monday, 28 December 2009

AKUM ? sggup kalian MENGHINA saudara sendiri !

Assalamu'alaikum
Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan"Assalamualaikum"
dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan

Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.
Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum.

Semoga ada manfaatnya.

JIKA ANDA TIDAK KEBERATAN , FORWARD LAH CERITA KEPADA TEMAN TEMAN MU,KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN. AMIN

kalau ada kemuskilan berjumpalah yg pakar dlm bidang ni....

Thursday, 24 December 2009

lelaki DAYUS ,

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian. rasa2nya bapak mereka dlm ketogeri lelaki dayus ni!!

nota kaki ; seandainya anda xtringin utk dlabel dayus , maka ubahlah sikap anda . && , seandainye bapamu tlibat dlm gjale2 brikut , tgurlaa mereka . ank2 gadis && ibu ibu skalian , pliharalah dirimi agk suamimu tdak dit0mah sdemikian .skian , wassalam .

99 langkah menuju kesempurnaan ISLAM ,

1. Bersyukur apabila mendapat nikmat

2. Sabar apabila mendapat kesulitan

3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program

4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan

5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan

6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan

7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan

8. Jangan usil dengan kekayaan orang

9. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang

10. Jangan sombong jikalau memperolehi kejayaan

11. Jangan tamak kepada harta

12. Jangan terlalu bercita-cita akan sesuatu kedudukan

13. Jangan hancur karena kezaliman

14. Jangan goyah kerana fitnah

15. Jangan mempunyai keinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram

17. Jangan sakiti ayah dan ibu

18. Jangan usir orang yang meminta-minta

19. Jangan sakiti anak yatim

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid)

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyuk

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjemaah di masjid

25. Biasakan diri dengan solat malam

26. Perbanyakkan zikir dan doa kepada Allah

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat

28. Sayangi dan santuni fakir miskin

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah

30. Jangan marah berlebih-lebihan

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan

32. Bersatulah kerana Allah dan berpisahlah kerana Allah

33. Berlatihlah mengkonsentrasikan fikiran

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan

36. Jangan percaya ramalan manusia

37. Jangan terlampau takut miskin

38. Hormatilah setiap orang

39. Jangan terlampau takut kepada manusia

40. Jangan sombong, takabbur dan besar kepala

41. Berlakulah adil dalam segala urusan

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran

45. Perbanyakkan silaturrahim

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam

47. Bicaralah secukupnya

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya

49. Hargai waktu, disiplinkan diri mengurus waktu dan manfaatkan waktu

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga

53. Makanlah secukupnya, tidak berkurangan dan tidak berlebihan

54. Hormatilah kepada guru dan ulama

55. Sering-sering berselawat kepada nabi

56. Cintai keluarga Nabi saw

57. Jangan terlalu banyak hutang

58. Jangan terlampau mudah berjanji

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti membicarakan hal yang tidak memberi faedah.

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi

66. Jangan membenci seseorang karena fahaman dan pendiriannya

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang memperolehi kesulitan

70. Jangan melukakan hati orang lain

71. Jangan membiasakan diri berkata dusta

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita

76. Jangan membuka aib orang lain

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita

78. Ambillah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan

80. Jangan sedih kerana miskin dan jangan sombong kerana kaya

81. Jadilah manusia yang selalu memberi manfaat untuk agama, bangsa dan negara

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa

85. Hargai prestasi dan pemberian orang

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fizikal atau mental kita menjadi terganggu

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri

97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan

98. Yakinlah bahawa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan

99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Monday, 21 December 2009

DOSA yg mnusia BANGGAKAN !

assalamualaikum . dsini disertakan beberapa contoh akhlak yg sudah hilang malunya dan kebanggaan manusia kepada dosa yg dlakukannya tnpa merenung seksaan yg bakal diterima . sahabat2 yg f0low blog ini insya-Allah anda brada dlm kalangan yg terpelihara dan sntiasa dbwah naungan srta slamat di sisi Allah ! amiin .

  1. minum arak / seumpamanya dgn berleluasa
  2. menaja fesyen2 pakaian yg mndedah aurat , yg menggalakkan manusia memperaga kecantikan yg bercanggah dgn tuntutan syarak dan mengakibatkan keinginan nafsu yg melonjak untuk bersaing
  3. permainan judi yg semakin meningkat tnpa mengira peringkat umur
  4. kbebasan pergaulan antara lelaki & perempuan tnpa mengira tmpt dan masa yg akhirnya mmbawa keruntuhan akhlak yg serius seperti perzinaan , pelacuran , bersekedudukan & sebagainya
  5. perbuatan sumbang mahram yg jelas mruntuh institusi kekeluargaan yg murni , akibt nafsu serakah yg x mgenal hak dan kewajiban
  6. pembunuhan yg sewenang2nye seolah nyawa manusia sperti barangan yg tiada nilai
  7. penipuan dlm byk perkara yg melibatkan ekonomi , sosial , politik , pemikiran sebagainya .

moga teman sntiasa dlindungi dari trus terjebak dengan perihal dosa yg mnjauhkan kita dari syurga Allah malah lebih tertarik utk mndekati NERAKA JAHANNAM . ! wallahualam . kasih saudara ? tgur laa teman2 kite . moge same2 dpt mrase syurga ALLAH . insya-Allah , :) wassalam .

Sunday, 20 December 2009

pantun MENUTUP AURAT .


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan ,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk serkap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakai pun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.
Syaitan sangat suka lah hati .

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan.

p/s~ pantun seloka ini x da kaitan dengan yang hidup n yang dah mati..cuma,spe yg makan cili, dialh yang akan merasa 'kepedasannya' ~ pantun ni cume untuk mengingatkan diri kembali..jgn risau..sy tidak hantar kpd anda seorg tetapi sy hantar kpd semua kawan2 perempuan myspace sy..jd sebar2kanlah pantun ini..mungkin ade kawan anda yg sy xde kan...