Friday 1 January 2010

TIPS mngelakkan diri dari terjebak dgn CINTA & C0UPLE

sungguhpun topik ini sudah kerap diutarakn, oleh itu aggaplah ia sebagai peringatan yg berterusan agar kita turut sama beristiqamah dan tidak terhanyut bergelumang dengan "couple" ini..

Firman Allah :
“janganlah kamu menghapiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )

EQUATION MUDAH COUPLE:

menghapiri zina=haram
couple=menghampiri zina
so couple is haram..!

TIPS MENGELAK DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN CINTA DAN COUPLE

1) Katakan, “TIDAK” pada CINTA.
2) Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu maksiat dan dosa.
3) Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu menjatuhkan maruah.
4) Jangan berbincang tentang CINTA. Tiada faedah.
5) Jangan berkawan dengan orang yang dilamun CINTA, nanti mudah terpengaruh.
6) Bila perasaan terlonjak-lonjak untuk bercinta, beristighfarlah mohon keampunan, mohon kekuatan menghadapi ujian.
7) Jangan membuka ruang diri untuk berCINTA dan diCINTAI.
8) Bila berhadapan dengan panggilan CINTA, bisikkan pada diri, “ini adalah hasutan syaitan!!”.
9) Bila ada orang melafazkan kata CINTA, katakan, “aku takut pada larangan Allah”.
10) INGATLAH, orang yang didesak oleh perasaannya untuk berCINTA tetapi dia melawan persaannya, iman dan hatinya sedang diuji oleh Allah, supaya Allah melihat bagaimana hamba-hambaNya berusaha mentaatiNya.
11) INGATLAH, orang yang tinggi maruahnya tidak akan berCINTA kecuali dengan pasangan hidupnya yang sah nanti selepas ijab kabul.
12) INGATLAH, cinta remaja tidak ada masa depannya. Tidak kesampaian jaminannya. Jika sampai ke jinjang pelamin, ianya menjadi hambar kerana semakin manis hubungan sebelum bernikah, semakin tawar hubungan selepas nikah nanti.

“cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencintai yang mencipta..”

“andai tiada cinta insani buat diriku,cukuplah Allah sebagai penyuluh dan penyeri hidupmu..semoga kelak,akan hadir cinta seorang insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu padaNya..”

BERPEGANGLAH PADA JANJI ALLAH :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). ( Al-Nur : 26 )



FAEDAH CINTA

1. Hilang tumpuan belajar.
2. Kekecewaan dan kegagalan.
3. Keluh kesah dan tidak tenang.
4. Hilang maruah diri.
5. Kemusnahan diri.
6. Sesat dari jalan yang lurus.
7. Tiada rahmat dan keberkatan.

Cinta paling agung sudah tentulah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya.
Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini.
Seterusnya cinta pertengahan ialah cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dikasihinya sama ada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan.

Manakala cinta yang hina pula ialah cintakan thagut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan dan kasihkan Negara melebihi kasih dan cintakan Allah, Rasul, dan Jihad di jalanNya.

TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA :

Taubat Nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat Nasuha memenuhi 3 syarat,iaitu :

1) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Berpisah kerana Allah, ada jodoh takkan ke mana!!
2) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan yang membawa ke kancah maksiat.
3) Berazam. Bertekad di dalam hati untuk tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang salah dan bermaksiat. Berazam untuk tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan yang halal buat diri sendiri iaitu seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

“ Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah hambaMu ini dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku. Oh Tuhan, hambaMu berdosa..ampunilah hambaMu ini Ya Allah”

Amin ya rabbal ‘alamin..

No comments:

Post a Comment