Monday 7 June 2010

KITA LEBIH DERHAKA DARIPADA SYAITAN ? ?

Dalam satu kisah pernah dceritakan bahawa ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh . Entah bagaimana awalnya , akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan ...



Ketika waktu Subuh berakhir , org itu tidak mengerjakan solat , maka syaitan pun sambil tersenyum .


"Orang ini memang patut menjadi sahabatku . . . "

Begitu juga ketika sampai waktu zohor , orang ini tidak mengerjakan solat juga . Syaitan tersenyum lebar sambil berkata dalam hatinya :


"Rupanya inilah bakal kawan sejatiku di akhirat kelak !" . . .

Kemudian ketika waktu solat Asar hampir abis , akan tetapi kawannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya , syaitan mula terdiam . . seterusnya ketika masuk waktu solat Maghrib , kawannya itu ternyata tidak solat juga , maka syaitan nampak gelisah , senyumannya sudah berubah menjadi kecut . Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu .

Akhirnya ketika syaitan melihat sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isyak , maka syaitan itu sangat panik . Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi . dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan .


"wahai sahabatku . aku terpaksa memutuskan persahabatan kita ."
Dengan merasa hairan manusia ini bertanya :


"Kenapa engkau ingkar janji ? bukankah baru pagi tadi kita berjanji akan bersahabat ! "

Syaitan menjawab ...

"Aku takut . (dengan suara gementar) . Nenek moyangku sahaja yang dulu hanya sekali sahaja membangkang perintah Allah iaitu ketika menolak suruhan sujud dan hormat kepada Adam , telah dilaknat Allah . Apatah lagi engkau hari ini sahaja ku saksikan telah 5 kali membangkang perintah Allah . Tidak dapat ku bayangkan bagaimana dasyhatnya murka Allah kepadamu !!" , kata syaitan sambil berlari pergi .

Renung-rengkanlah . .. syaitan pun takut kepada Penciptanya . . . kita ? Tepuk dada tanya iman . . . jgn kita tergolong dalam golongan berkenaan . . . Lindungilah kami Ya Allah !!! . .

Sunday 6 June 2010

CIKGU TADIKA ,(ada otak ?)


Ada seorang ckgu tadika yang tak pecaya wujudnya tuhan && dia pun berfikir macam mane nak "brain wash" kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya tuhan . Di pun mendapat satu akal . . .

Guru tadika : Anak-anak , nampak tak pen ?
Anak-anak : Nampak cikgu
Guru tadika : Pen ade kan ?
Anak-anak : Ada cikgu ,

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen tu ke dalam poket dia , kemudian bertanya lagi . . .

Guru tadika : Anak-anak nampak tak pen ?
Anak-anak : Tak nampak cikgu .
Guru tadika : Pen ada tak ?
Anak-anak : Tak ada cikgu .
Guru tadika : Anak-anak nampak tuhan tak ?
Anak-anak : Tak nampak cikgu .
Guru tadika : Tuhan ada tak ?
Anak-anak : Tak ada cikgu .
Guru tadika tadi berasa sangat gembira sebab tujuan dia untuk 'brain wash' otak budak-budak tu berjaya , Tapi dalam banyak-banyak budak tu , ada seorang budak yg pintar , dan dia pun mengangkat tangan .
Budak : Cikgu , boleh saya cakap sesuatu ?
Guru tadika : Boleh , mari ke depan .
Budak : Kawan-kawan , nampak cikgu tak ?
Kawan-kawan : Nampak .
Budak : Cikgu ada , kan ?
Kawan-kawan : Ada .
Budak : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak ?
Kawan-kawan : Tak nampak .
Budak : Cikgu ada otak tak ?
Kawan-kawan : Tak ada
moral of the story , bila tak nampak , xsemestinya tiada ! Sayangi agama kita dgn amar ma'arif dan nahi mungkar . Kalau tidak kita , siapa lagi ? ? ?

Saturday 8 May 2010

fikirkanlah .

salam ,

ingin ana ajukn soalan yg perlu untuk antunna skalian fkirkan ,



ape tu ISLAM ?

apekah kte ni ISLAM ?

adakah kte mseh ISLAM ?

siapa kte dlm ISLAM ?



brape tinggi kah hrga ISLAM dlm dri kte ?

ISLAM yg hny skadar pd I/C ?

atau

ISLAM krne ibu , bpk , nenek , m0yang , kte ISLAM ?

atau

ISLAM skdr utk biasiswa ?

atau

ISLAM yg bnar2 memperjuangkn (jihad) agame Allah !



dmane kte simpan ISLAM kte ?

dlm p0ket ?

pd tudung ?

pakaian yg entah lbuh entah tidak ?

pd hujung tekak ? ble2 p0n bleh l0ntar kn kate2 yg mnyatekn kte ni ISLAM ?

ATAU ,

jauh dlubuk hati dgn rase IMAN yg mnebal ?



knape msti kte mngaku yg kte ni ISLAM klu sunnah RASULULLAH kte hinakan ,

KALAM ALLAH (Quran) kte pijak2 , kte tolak ke tpi .

byk lagi yg ingin ana tulis kan buat perhatian antunna seklian .
ana harap , antunna semua dpt muhasabah diri . ingt , kte tak nak menjadi hanya sekdar muslim . Tetapi , kte inginkan MUKMIN & MUKMINAH yg lebih dkt dgn Allah !

Friday 7 May 2010

MATA OH MATA ; kenapa kau liar ?

Babak 1

Sop: Kau tahu tak, Zetty tu dulu free hair.. Tiba-tiba je datang kesedaran nak pakai tudung.
Meon: Ye ke??!! macam tak percaya je..
Sop: Ha ah.. ok gak la.. dalam majalah sekolah ada lagi gambar dia.. kau nak tengok?



Babak 2

Pada suatu hari Sop dan Meon sedang berjalan-jalan di kotaraya London. Tiba-tiba mereka terlihat kelibat seorang wanita bertudung labuh ala-ala KCB.
Sop: eh, ada gadis mcam dalam KCB la...
Meon: Mana? Mana? Mana?
Sop: tuuu...tengah jalan ramai2 depan Madame Tusod..
Meon: ooooooo..... macam kenal, yang pakai tudung kaler merah jambu tu ke?


Babak 3

Sop dan Meon menyambung kembara cuti Easter mereka di bandaraya Dublin. Cuaca semakin panas.
Sop: astaghfirullahal azim, singkatnya skirt minah saleh tu...tak solehah langsung...! !
Meon: eh ye ke? yang mana satu? Yang skirt oren tu ke?
Sop: tak, yang kaler biru , blouse biru muda tu..
Meon: Ha ah la..betul lah cakap kau...

Ada apa dengan mata?
Untuk jadi HEBAT , kita perlu menutup dan menundukkan pandangan. Ini bukanlah bermaksud semuanya kena pejamkan mata 24 jam (penat juga tu), atau membina dinding dan tembok batu sepanjang masa atau semasa kuliah-kuliah agama sahaja, tetapi menjaga dan memelihara kedua mata kita daripada MENJADI LIAR.
Apabila datangnya peluang terbentang di hadapan kita, samada semasa sedang berseorangan, atau sedang berdua bersama rakan karib, atau bersama masyarakat umum, kita mestilah bertindak SEGERA dan PINTAR untuk tidak mengamati kecantikan wanita yang terbentang dan segeralah mengalihkan pandangan daripadanya sambil bersyukur dan beristighfar.

''Alhamdulillah, Allah jaga mata dan hati aku. Ya Allah, ampunlah dosa aku, moga Allah beri yang lebih baik''

Allah berfirman;
"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya Yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar." - [67:12]

Kalau dahulu dia tidak bertudung, atau kurang menutup aurat, perlukah kita menatap gambar gambar 'lama' itu lagi? Fear Allah brothers... malulah sebab mereka itu sudah diberikan hidayahnya.. Kita bila lagi?
Kalau ternampak kelibat wanita yang berjilbab dan menutup aurat samada di majlis ilmu atau di jalanan, malulah dan pandanglah tempat lain. Itu bukan HAQ mu.. Allah boleh ganti dengan yang lebih baik.
Kalau diberikan peluang melihat aurat wanita, takut dan malulah, kerana itu akan merendahkan darjat matamu dan merosakkan amal, sekaligus hati menjadi lali dan tidak tenteram .

Friday 1 January 2010

TIPS mngelakkan diri dari terjebak dgn CINTA & C0UPLE

sungguhpun topik ini sudah kerap diutarakn, oleh itu aggaplah ia sebagai peringatan yg berterusan agar kita turut sama beristiqamah dan tidak terhanyut bergelumang dengan "couple" ini..

Firman Allah :
“janganlah kamu menghapiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )

EQUATION MUDAH COUPLE:

menghapiri zina=haram
couple=menghampiri zina
so couple is haram..!

TIPS MENGELAK DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN CINTA DAN COUPLE

1) Katakan, “TIDAK” pada CINTA.
2) Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu maksiat dan dosa.
3) Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu menjatuhkan maruah.
4) Jangan berbincang tentang CINTA. Tiada faedah.
5) Jangan berkawan dengan orang yang dilamun CINTA, nanti mudah terpengaruh.
6) Bila perasaan terlonjak-lonjak untuk bercinta, beristighfarlah mohon keampunan, mohon kekuatan menghadapi ujian.
7) Jangan membuka ruang diri untuk berCINTA dan diCINTAI.
8) Bila berhadapan dengan panggilan CINTA, bisikkan pada diri, “ini adalah hasutan syaitan!!”.
9) Bila ada orang melafazkan kata CINTA, katakan, “aku takut pada larangan Allah”.
10) INGATLAH, orang yang didesak oleh perasaannya untuk berCINTA tetapi dia melawan persaannya, iman dan hatinya sedang diuji oleh Allah, supaya Allah melihat bagaimana hamba-hambaNya berusaha mentaatiNya.
11) INGATLAH, orang yang tinggi maruahnya tidak akan berCINTA kecuali dengan pasangan hidupnya yang sah nanti selepas ijab kabul.
12) INGATLAH, cinta remaja tidak ada masa depannya. Tidak kesampaian jaminannya. Jika sampai ke jinjang pelamin, ianya menjadi hambar kerana semakin manis hubungan sebelum bernikah, semakin tawar hubungan selepas nikah nanti.

“cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta kerana yang mencipta itulah yang mencipta cinta untuk yang dicipta mencintai yang mencipta..”

“andai tiada cinta insani buat diriku,cukuplah Allah sebagai penyuluh dan penyeri hidupmu..semoga kelak,akan hadir cinta seorang insan yang mencintai Allah sebagaimana cintamu padaNya..”

BERPEGANGLAH PADA JANJI ALLAH :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). ( Al-Nur : 26 )



FAEDAH CINTA

1. Hilang tumpuan belajar.
2. Kekecewaan dan kegagalan.
3. Keluh kesah dan tidak tenang.
4. Hilang maruah diri.
5. Kemusnahan diri.
6. Sesat dari jalan yang lurus.
7. Tiada rahmat dan keberkatan.

Cinta paling agung sudah tentulah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya.
Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini.
Seterusnya cinta pertengahan ialah cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dikasihinya sama ada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan.

Manakala cinta yang hina pula ialah cintakan thagut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan dan kasihkan Negara melebihi kasih dan cintakan Allah, Rasul, dan Jihad di jalanNya.

TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA :

Taubat Nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat Nasuha memenuhi 3 syarat,iaitu :

1) Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Berpisah kerana Allah, ada jodoh takkan ke mana!!
2) Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan yang membawa ke kancah maksiat.
3) Berazam. Bertekad di dalam hati untuk tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang salah dan bermaksiat. Berazam untuk tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan yang halal buat diri sendiri iaitu seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

“ Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah hambaMu ini dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku. Oh Tuhan, hambaMu berdosa..ampunilah hambaMu ini Ya Allah”

Amin ya rabbal ‘alamin..